KUALA LUMPUR: Akibat terlalu percaya kepada tilikan bomoh, seorang suami sanggup menggugut untuk mencederakan isterinya kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap penyakit yang dihidapi perempuan simpanannya.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata si isteri yang berumur 43 tahun dituduh menggunakan tangkal bagi mendatangkan penyakit terhadap perempuan simpanan suaminya.
"Suaminya, seorang peniaga, 41, telah mempercayai tilikan dua orang bomoh yang disyaki penipu dengan mengatakan bahawa perempuan simpanannya sakit teruk setelah terkena buatan isterinya.
"Berang dengan perkara itu lelaki berkenaan sanggup menggugut akan mencederakan isterinya jika beliau (isteri) tidak membuang tangkal yang diletakkan di suatu tempat seperti yang dikatakan oleh bomoh dalam tilikannya," katanya.
Michael Chong berkata, wanita itu yang juga seorang peniaga terkejut dengan tuduhan itu dan menafikan bertanggungjawab membuat perempuan simpanan suaminnya itu sakit.
Namun, katanya, lelaki itu tidak mempercayai penjelasan isterinya dan mengugut untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya sekiranya tidak mengaku melakukan perkara tersebut.
"Saya sendiri telah menghubungi suami wanita itu untuk mendapatkan maklum balas namun dia masih percaya mengenai ramalan bomoh itu daripada pemeriksaan doktor dan menuntut agar isterinya mengaku segera atau akan dicederakan," katanya.
Michael Chong berkata, wanita itu kemudian membuat laporan polis dan suaminya akan didakwa jika mencederakan isterinya itu.
Katanya, sehingga kini terdapat lapan kes membabitkan kerugian sebanyak RM433,000 melibatkan bomoh penipu yang ada di antaranya turut memaksa pengadu melakukan seks dengan mereka.
"Saya minta orang ramai supaya tidak mudah percaya akan bomoh penipu sebaliknya mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dalam sesuatu masalah yang dihadapi," katanya. - Bernama
_________________________________________________________
Inilah pengajaran kalau dah gila talak sampai sggp ugut cederakan isteri sendiri gara2 perempuan simpanan...nasib baikla bkn islam walaubagaimanapun ini dpt jadi pedoman kepada yg diluar sana supaya tdk terlalu taksub dgn tilikan bomoh/dukun.Jangan jadikan bomoh/dukun sebagai jln penyelesaian mgkin betina tu jugak yg gunakan tangkal utk dptkan suami org dan inilah balasannya...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment