Thursday, December 24, 2009

KETUA PENERANGAN YG NYANYOK



SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab sepenuhnya dalam kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad.

“Pas mahu Najib meletakan jawatan serta merta berhubung kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E, kerana kes tersebut berlaku pada tahun 2007 iaitu ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau bertanggungjawab penuh di atas kecuaian yang berlaku dan sewajarnya meletakkan jawatan pada tahun 2008 iaitu ketika kehilangan enjin berkenaan disedari hilang bagi memberikan laluan kepada siasatan menyeluruh kes ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Sabtu lalu, akhbar melaporkan kehilangan sebuah enjin pesawat pemintas F-5E TUDM bernilai hampir RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kelmarin, akhbar mendedahkan sebenarnya bukan satu tetapi dua enjin pesawat jenis itu yang dilaporkan hilang pada tahun 2007 dan dijual ke salah sebuah negara di Amerika Latin.

Najib dalam reaksinya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan kes dan enggan mengulas tetapi berjanji akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bersalah.

Menurut Idris, Najib cuba merahsiakan perkara berkenaan daripada pengetahuan rakyat demi kepentingan peribadi.

“Beliau jelas cuba merahsiakan perkara ini daripada rakyat bagi memastikan laluan mudah agar dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Menurutnya, kes itu tidak boleh dipandang remeh kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab utama mana-mana kerajaan untuk rakyatnya.

“Kes kehilangan ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah simbolik di sebalik kegagalan sistem pertahanan negara di bawah pentadbiran Najib. Kita sudah lali mendengar kisah ruang udara negara dicerobohi, helikopter nuri, kapal terbang terhempas dan juga kisah Jabatan Audit Negara dihalang mengaudit perbelanjaan Kementerian Pertahanan.

“Keselamatan negara adalah tanggungjawab terpenting sesebuah kerajaan. Bagaimana rakyat dapat hidup dengan aman apabila sistem keselamatan negara terlalu rapuh berikutan wujudnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya. klik disin
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Nilah sikap parti PAS take beer(takbir)yg dangkal dan ketandusan idea.Bagaimana pula dgn kes Abdul Ariffahmi yg terang lg bersuluh menantu kesayangan nik aziz adakah pas melakukan perkara yg sama,jgn mudah utk menuding jari sblm sesuatu kes dibicarakan...Apakah pas sggp utk menyuruh bos mereka nik aziz meletak jawatan,mgkn tidak sama sekali ini kerana pas yg takut kehilangan pengaruh politik.Dalam kes ini tidak sepatutnya Dato'Sri Najib dipersalahkan sepenuhnya kerana tugas beliau bknnya sebagai storekeeper,tetapi sebagai menteri yg menjaga kementerian yg terbahagi kepada beberapa jabatan dan agensi.Parti pas cuba utk mengekploitasikan kes ini dan menangguk di air yg keruh.Siasatan sedang di jalankan jadi kepada parti pas biarlah pihak berwajib membuat kerja mereka sblm mengheret pengkhianat kemuka pengadilan.Jangan cuba mengalih perhatian masyarakat tentang kepincangan yg berlaku didlm parti pas dgn mencari publisiti murahan.Kes ini tidak sepatutyna dibincangkan dlm media massa atau elektronik kerana boleh melibatkan pertahanan negara bocor dan diketahui oleh pihak luar yg cuba utk mengambil kesempatan.

No comments:

Post a Comment