Thursday, December 24, 2009

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun



Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran.

Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya.

Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu.

Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya.

Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.

Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global.

Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC.

Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena. - Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon).

KETUA PENERANGAN YG NYANYOK



SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab sepenuhnya dalam kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad.

“Pas mahu Najib meletakan jawatan serta merta berhubung kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E, kerana kes tersebut berlaku pada tahun 2007 iaitu ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau bertanggungjawab penuh di atas kecuaian yang berlaku dan sewajarnya meletakkan jawatan pada tahun 2008 iaitu ketika kehilangan enjin berkenaan disedari hilang bagi memberikan laluan kepada siasatan menyeluruh kes ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Sabtu lalu, akhbar melaporkan kehilangan sebuah enjin pesawat pemintas F-5E TUDM bernilai hampir RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kelmarin, akhbar mendedahkan sebenarnya bukan satu tetapi dua enjin pesawat jenis itu yang dilaporkan hilang pada tahun 2007 dan dijual ke salah sebuah negara di Amerika Latin.

Najib dalam reaksinya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan kes dan enggan mengulas tetapi berjanji akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bersalah.

Menurut Idris, Najib cuba merahsiakan perkara berkenaan daripada pengetahuan rakyat demi kepentingan peribadi.

“Beliau jelas cuba merahsiakan perkara ini daripada rakyat bagi memastikan laluan mudah agar dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Menurutnya, kes itu tidak boleh dipandang remeh kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab utama mana-mana kerajaan untuk rakyatnya.

“Kes kehilangan ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah simbolik di sebalik kegagalan sistem pertahanan negara di bawah pentadbiran Najib. Kita sudah lali mendengar kisah ruang udara negara dicerobohi, helikopter nuri, kapal terbang terhempas dan juga kisah Jabatan Audit Negara dihalang mengaudit perbelanjaan Kementerian Pertahanan.

“Keselamatan negara adalah tanggungjawab terpenting sesebuah kerajaan. Bagaimana rakyat dapat hidup dengan aman apabila sistem keselamatan negara terlalu rapuh berikutan wujudnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya. klik disin
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Nilah sikap parti PAS take beer(takbir)yg dangkal dan ketandusan idea.Bagaimana pula dgn kes Abdul Ariffahmi yg terang lg bersuluh menantu kesayangan nik aziz adakah pas melakukan perkara yg sama,jgn mudah utk menuding jari sblm sesuatu kes dibicarakan...Apakah pas sggp utk menyuruh bos mereka nik aziz meletak jawatan,mgkn tidak sama sekali ini kerana pas yg takut kehilangan pengaruh politik.Dalam kes ini tidak sepatutnya Dato'Sri Najib dipersalahkan sepenuhnya kerana tugas beliau bknnya sebagai storekeeper,tetapi sebagai menteri yg menjaga kementerian yg terbahagi kepada beberapa jabatan dan agensi.Parti pas cuba utk mengekploitasikan kes ini dan menangguk di air yg keruh.Siasatan sedang di jalankan jadi kepada parti pas biarlah pihak berwajib membuat kerja mereka sblm mengheret pengkhianat kemuka pengadilan.Jangan cuba mengalih perhatian masyarakat tentang kepincangan yg berlaku didlm parti pas dgn mencari publisiti murahan.Kes ini tidak sepatutyna dibincangkan dlm media massa atau elektronik kerana boleh melibatkan pertahanan negara bocor dan diketahui oleh pihak luar yg cuba utk mengambil kesempatan.

Wednesday, December 23, 2009

PANTUN buat PEMUDA UMNO



Kata ibu,
kwn umpama lebah, ada madu iapun muncul.
Kata ayh,
kwn bgaikn kumbang, habis madu t'banglah hilang.
Kata nenek,
kwn umpma merpati, disiul x mgkn dihmpiri, ditabur makanan beribu m'himpit.
Kata org,
kwn suka mudah dcari, kwn b'duka satu dlm sejuta, kwn sejati x mgkn menjelma, namun hadirnya membwa bhgia...
__________________________________________________________
PANTUN DI ATAS SMS YG AKU TERIMA DR SAHABATKU MOHD FAREEZ SEORANG NAIB KETUA PEMUDA BAHAGIAN.SEMOGA PANTUN DIATAS DPT KITA MENILAI SEJAUH MANA PERHUBUNGAN KITA SESAMA TEMAN....

GAGASAN 1MALAYSIA


Sementara menunggu mknn di siapkan aku mengambil kesempatan utk buat telahan
tentang sejauh manakah keberkesanan gagasan 1MALAYSIA terlaksana inspirasi Dato'Sri Najib...

Bagi aku 1MALAYSIA satu semangat yg harus dipupuk oleh setiap rakyat MALAYSIA...tapi kita harus berhati-hati jgn pula leka dgn semangat itu hingga kita menggadai hak kita sebagai BUMIPUTERA&PRIBUMI.Bknnya aku bersifat racist tapi sekadar mahu hak kita dijaga seperti yg termaktub dlm Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.MALAYSIA sebuah negara aman yg dimana rakyat majmuk hidup di bawah satu bumbung,setiap bangsa mempunyai keistimewaan yg diperolehi daripada kerajaan jadi kita harus bersatu padu walau berbeda bangsa dan agama, jadikan 1MALAYSIA kekuatan supaya MALAYSIA diangkat tinggi martabatnya pada mata dunia.Semoga konsep 1MALAYSIA menjadi negara contoh kepada negara2 lain bahawa rakyat MALAYSIA yg berbilang kaum dpt hidup aman di bawah pentadbiran 1MALAYSIA cetusan Y.A.B Dato' Sri Najib...........MALAYSIA BOLEH!!!MALAYSIA BOLEH!!!MALAYSIA BOLEH!!!

Suami percaya bomoh ugut cedera isteri

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu percaya kepada tilikan bomoh, seorang suami sanggup menggugut untuk mencederakan isterinya kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap penyakit yang dihidapi perempuan simpanannya.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata si isteri yang berumur 43 tahun dituduh menggunakan tangkal bagi mendatangkan penyakit terhadap perempuan simpanan suaminya.

"Suaminya, seorang peniaga, 41, telah mempercayai tilikan dua orang bomoh yang disyaki penipu dengan mengatakan bahawa perempuan simpanannya sakit teruk setelah terkena buatan isterinya.

"Berang dengan perkara itu lelaki berkenaan sanggup menggugut akan mencederakan isterinya jika beliau (isteri) tidak membuang tangkal yang diletakkan di suatu tempat seperti yang dikatakan oleh bomoh dalam tilikannya," katanya.

Michael Chong berkata, wanita itu yang juga seorang peniaga terkejut dengan tuduhan itu dan menafikan bertanggungjawab membuat perempuan simpanan suaminnya itu sakit.

Namun, katanya, lelaki itu tidak mempercayai penjelasan isterinya dan mengugut untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya sekiranya tidak mengaku melakukan perkara tersebut.

"Saya sendiri telah menghubungi suami wanita itu untuk mendapatkan maklum balas namun dia masih percaya mengenai ramalan bomoh itu daripada pemeriksaan doktor dan menuntut agar isterinya mengaku segera atau akan dicederakan," katanya.

Michael Chong berkata, wanita itu kemudian membuat laporan polis dan suaminya akan didakwa jika mencederakan isterinya itu.

Katanya, sehingga kini terdapat lapan kes membabitkan kerugian sebanyak RM433,000 melibatkan bomoh penipu yang ada di antaranya turut memaksa pengadu melakukan seks dengan mereka.

"Saya minta orang ramai supaya tidak mudah percaya akan bomoh penipu sebaliknya mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dalam sesuatu masalah yang dihadapi," katanya. - Bernama
_________________________________________________________

Inilah pengajaran kalau dah gila talak sampai sggp ugut cederakan isteri sendiri gara2 perempuan simpanan...nasib baikla bkn islam walaubagaimanapun ini dpt jadi pedoman kepada yg diluar sana supaya tdk terlalu taksub dgn tilikan bomoh/dukun.Jangan jadikan bomoh/dukun sebagai jln penyelesaian mgkin betina tu jugak yg gunakan tangkal utk dptkan suami org dan inilah balasannya...............

Tuesday, December 22, 2009

POLITIK,SAHABAT&AGAMA

Salam 1MALAYSIA,

Disini aku ingin berbicara tentang bahayanya politik kerana ia dpt meyasarkan kita dari landasan yg betul.Seperti sedia maklum politik di MALAYSIA semakin parah,ia juga gara2 pembangkang yg byk mempertikaikan KETUANAN MELAYU.Walaupun aku bknla ahli politik tetapi minat aku yg mendalam memberi aku inspirasi utk mengatakan aku bangga menjadi rakyat MALAYSIA di bawah pentadbiran UMNO&BN.Walaubagaimanapun aku tdk terlalu taksub sehinggakan lalai melakukan tanggungjawab aku sebagai manusia di atas muka bumi dan tanah air tercinta ini.Bagi sesetengah individu
politik perkara yg utama di dalam hidup sehingga sahabat&agama tidak dipedulikan dek kerana keghairahan berpolitik.Senario seperti ini dpt kita lihat sekeliling kita yg bisa terjadi pada sesiapa saja.Bagi aku berpolitik tidak salah kerana ia adalah satu kewajipan setiap orang utk memilih pemimpin di kawasan kita.tapi jgn kita melampaui batas2 dan adat kita sebagai rakyat MALAYSIA.MALAYSIA satu-satunya negara yg dimana jawatan kabinet dibuka utk disandang kepada bkn islam sama ada cina,india dan lain2.Politik tidak kenal kawan atau lawan,semuanya bisa berubah.Aku menyeru kepada semua biarla berpolitik secara intelektual yakni professional.Semoga MALAYSIA terus di bawah UMNO&BN....

menikmati minuman



akhirnya..........menjadi kenyataan aku dpt kendalikan sendiri blog aku,tujuan aku bukak blog ni utk tatapan teman2 nun jauh disana di samping dpt mengenali dunia luar melalui dunia siber.Terima kasih kepada shakir a.k.a http://shakirazry.blogspot.com di atas bantuan beliau mengajar aku tentang berblog....